PROJEK MISI BANTUAN

Alhamdulillah sepanjang penubuhan Pertubuhan Raudhah Rizq ini, pelbagai misi bantuan telah dijalankan. Kami berjaya memasuki kawasan perkampungan pendalaman Sabah untuk menyampaikan bantuan pada mereka. Kami akan teruskan usaha kami dalam menyantuni mereka yang susah.

BERTEMU KEMBALI

RAMADAN

Asalamualaikum tuan/puan. Setiap kali datangnya bulan ramadan, setiap yang beragama Islam berlumba-lumba membuat kebaikan. Lebih-lebih lagi dalam amalan bersedekah, kalau boleh setiap hari tak nak miss sedekah dalam bulan ramadan ni. Betul tak?

 Nak cari orang yang memerlukan setiap hari, perlu berikan komitmen masa.

Jadi kami dari Pertubuhan Raudhah Rizq membuka peluang seluas-luasnya untuk tuan/puan fokus pada ibadah-ibadah lain sepanjang bulan ramadan ini. Urusan sedekah tuan/puan, amanahkan kami untuk uruskan.

Mari mendaftar bersama kami, derma setiap hari tanpa miss secara automatik mengikut kemampuan masing-masing. Tiada paksaan dalam menderma.

(SEDANG DIJALANKAN)

Tabung Kasih Sayang - Kubur

Kempen ini memerlukan dana khusus membaikpulih menyusun atur perkuburan Islam di atas bukit yang tinggi. Amat menyukarkan keadaan membawa jenazah untuk urusan pengkebumian bagi jenazah dari 5 perkampungan dipedalaman Kota Belud, Sabah ini.

RM970 of RM50,000 raised
( SEDANG DIJALANKAN - FASA 3 )

Sumbangan Baik Pulih Masjid

Masjid yang telah lama dibina tidak boleh dibaiki kerana masalah kewangan. Pelbagai kerosakan yang harus dibaik pulih dengan segera seperti bumbung masjid yang usang di makan anai-anai, tandas dan ruangan solat supaya Jemaah masjid dapat beribadat dalam keadaan selesa.

( SEDANG DIJALANKAN - TAHUN KETIGA )

Jom Korban D'Sabah Menggalakkan Ibadah Korban di Kawasan Pedalaman

Jom Korban adalah projek ibadah Korban yang kami jalankan di perkampungan Kota Belud, Sabah. Antara perkampungan yang terlibat adalah Kg Suang Punggur, Kg Suang Kina, Kg Song-song, Kg Meraja dan Kg Bueh Lusuh. Kami terdetik ingin membantu masyarakat miskin di sini selepas melihat sendiri kehidupan mereka yang …

( SELESAI : FASA 1 )

Projek Pembaikan Jalan Kampung Pedalaman Sabah

Projek ini bertujuan dengan pelbagai sebab antaranya mempermudahkan urusan menghantar jenazah ke tanah perkuburan, Urusan menghantar pesakit ke hospital lebih lancar, Anak-anak dapat ke sekolah tanpa mengotorkan kasut akibat lecak, Permudahkan urusan penduduk kampung menjalani kehidupan seharian, Kenduri kahwin / majlis kesyukuran dapat dilakukan dan sebagainya…

Berminat menjadi SUKARELAWAN kami

Banyak masa free? Banyak buang masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah? Jom gunakan masa kita sebaik mungkin.