“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya”.
Hadis Riwayat Muslim
Kerana jasa baik para dermawan semua, pembinaan fasa 1 dapat dilakukan. Tanpa adanya sikap dermawan dari anda semua, penduduk kampung ini mungkin sekarang ini tidak dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah kerana musim hujan yang sedang berlaku.
Struktur dalaman masjid yang memang perlu dibaik pulih segera. Tidak mungkin kita yang datang solat berjemaah di masjid yang serba lengkap ini akan membiarkan saudara islam kita sendiri datang menunaikan solat di masjid yang uzur ini.
Tandasnya tiada privasi untuk para jemaah wanita. Tandas yang berhadapan dengan tempat mengambil wudhu. Bukankah tempat wudhu itu harus bersih? Fikirkan mahukah kita biarkan keadaan seperti itu terus berlaku.
Ruang dewan yang sudah hancur tidak dapat digunakan untuk sebarang program ilmiah masjid. Ruang dewan yang terlalu uzur perlu dibaiki supaya lebih ramai penduduk kampung boleh gunakannya.
Ruang solat wanita yang agak sempit tidak dapat digunakan seramai yang mungkin. Ruangan yang besar juga memudahkan golongan “mak-mak” membawa anak-anak mencintai masjid sejak kecil.
DISCLAIMER
Facebook™ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com.
The site of raudhahrizq.com is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products.
All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owner.