Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Kita dipanjangkan umur dan berpeluang berjumpa ramadan untuk tahun ini. 

Khas buat penderma-penderma Pertubuhan Raudhah Rizq, disini kami berbesar hati ingin menjemput tuan/puan bersama-sama kumpul saham akhirat dengan mendaftar satu program inisiatif kami untuk memudahkan tuan/puan fokus pada ibadah di bulan ramadan kelak. Tuan/puan tak perlu pening-pening nak cari golongan yang boleh terima sedekah tuan/puan, sedekah tuan/puan amanahkan pada kami untuk uruskan. Setiap derma tuan/puan akan agihkan sebaiknya kepada mereka yang memerlukan.

Derma akan automatik tolak dari akaun tuan/puan setiap hari dari hari pertama ramadan sehingga hari terakhir ramadan. 30 hari automatik tolak dari bank tuan/puan, InsyaAllah. Yang tuan/puan perlu buat hanyalah fokus pada ibadah tuan/puan sepanjang ramadan nanti.

Kami juga menyediakan peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan namun nekad dalam hati ingin turut menyumbang, tidak perlu mendaftar sehingga 30 hari namun boleh mendaftar hanya untuk 10 hari terakhir ramadan. Kita sama-sama kejar malam Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir tersebut.

Moga dengan sumbangan tuan/puan sepanjang ramadan ini diberkati hendaknya, diterima dan menjadi pahala yang berterusan buat tuan/puan. Kami hanya bantu menyediakan peluang buat tuan/puan semua. InsyaAllah dengan sumbangan tuan/puan semua, dapat kita bantu sedikit sebanyak saudara seIslam kita dan moga Islam terus berkembang bersama mereka.

Untuk pemotongan derma setiap hari kelak hanya boleh menggunakan debit atau credit card sahaja. Sekiranya tuan/puan ingin berhenti dipertengahan jalan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, kami juga akan sediakan laman khas untuk tuan/puan kawal. Tuan/puan sendiri boleh stopkan recurring donation tersebut. Gambar diatas adalah gambaran portal penderma yang tuan/puan boleh masuk. Sebarang permasalahan, boleh hubungi kami terus.

JOM DERMA

ANDA FOKUS IBADAH, KAMI BANTU SALURKAN SUMBANGAN ANDA

Tuan/puan digalakkan mendaftar pada waktu subuh sekiranya tuan/puan inginkan rebut ganjaran sedekah subuh. Kerana sistem ini akan tolak duit secara automatik setiap hari pada masa yang sama tuan/puan daftarkan.