Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan. Jadi, bila adanya surau khas ini nanti akan menarik dan menggalakkan Islam kearah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk serta membina akhlak yang baik.
Majoriti penduduk kampung adalah Muslim dan penduduk kampung inginkan sebuah surau untuk melaksanakan solat 5 waktu secara berjemaah, oleh kerana waktu itu tidak ada tanah wakaf untuk membangunkan surau maka ada seorang penduduk kampung membenarkan sebuah surau sementara dibina ( menggunakan duit hasil kutipan penduduk kampung ) atas tanah beliau. Setelah berpuluh tahun, Keluarga kepada tuan Tanah yang telah lama menjadi tempat surau sementara berdiri, pernah berhasrat untuk mengambil kembali tanah tersebut untuk kegunaan peribadi mereka. Dengan penuh rasa hormat dan kesetiaan kepada nilai-nilai agama, penduduk Kampung Suang Kina bersetuju untuk mencari tapak baru dan membina surau yang baru demi kebaikan bersama. Dan Alhamdulillah berkat doa dan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan selama ini, Raudhah Rizq telah menemukan seorang pewakaf dan pewakaf tersebut meminta pihak Raudhah Rizq menguruskan urusan wakaf atas nama beliau.
Hadits Riwayat Muslim :
“Sesiapa yang membina Masjid kerana Allah, Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
✅ Surau ini akan menyediakan ruang yang selamat dan selesa bagi penduduk untuk melaksanakan solat dan aktiviti keagamaan.
✅ Surau ini akan menjadi pusat pendidikan agama dan tempat di mana anak-anak dan remaja boleh belajar tentang Islam.
✅ Dengan adanya surau yang lebih baik, komuniti akan lebih bersatu dan terjalin hubungan yang erat antara jiran tetangga.
Lokasi tapak pembinaan merupakan Kawasan tanah yang telah diwakafkan oleh Hamba Allah. Tapak ini seluas dalam anggaran 22,000 kaki persegi dan berkedudukan strategik di tengah-tengah Kawasan kampung. Pada peringkat awal ini, proses pembinaan surau ini adalah dengan menimbun tanah di tapak Pembinaan. Anggaran sebanyak 1000 buah lori tanah akan digunakan untuk proses menambun tapak tanah ini. Kami mengharapkan pembinaan Surau Raudhah Kg Suang Kina ini dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, kami amat berbesar hati jika tuan puan sudi Bersama-sama kamu dalam usaha untuk menjayakan pembinaan surau ini. Insya Allah, dengan sekecil RM100 daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT:
” Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapatkan petunjuk. ” (Surah al-Taubah:18)
Pada bulan Februari 2024, telah berlangsung perbincangan yang penting antara Pihak Raudhah Rizq, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Belud, dan Pengerusi Surau Kg Suang Kina mengenai tapak pembinaan surau. Perbincangan ini tidak hanya meliputi status tapak Pembangunan surau yang baru, tetapi juga membincangkan tentang sokongan penuh yang diberikan oleh pihak JHEAINS dalam pembangunan Surau Kg Suang Kina.
Keputusan ini merupakan langkah penting dalam mewujudkan impian kami untuk memiliki sebuah surau yang kondusif, diiktiraf oleh pihak berkuasa dan sesuai dengan keperluan jemaah di Kg Suang Kina. Sokongan dari pihak JHEAINS merupakan dorongan yang besar bagi kami untuk terus maju dalam Pembangunan Surau ini.
Pihak Raudhah Rizq telah meminta Juukur untuk melaksanakan tugas penting dalam pembinaan Surau di Kg Suang Kina. Tugas yang diberikan adalah mengukur keluasan tanah dan mengeluarkan laporan ukuran untuk memastikan keluasan dan bentuk keadaan tanah yang akan menjadi tapak pembinaan masjid.
Proses ini dilaksanakan adalah untuk memastikan bahawa tapak yang dipilih adalah sesuai dalam pembangunan surau yang akan menjadi pusat kegiatan keagamaan dan kebudayaan bagi penduduk Kg Suang Kina.
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan kami melalui puan Nurul 019-5276522 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke Alamat: Kg Suang Kina, 89158 Kota Belud, Sabah.
DISCLAIMER
Facebook™ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com.
The site of raudhahrizq.com is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products.
All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owner.